Monday, 19 September 2011

kebaikan dan keburukan Telefon Bimbit dalam kalangan pelajar

Pada era globalisasi, telefon bimbit melalui pelbagai reka bentuk. Pada awalnya, telefon bimbit agak berat dan besar tetapi kini, telefon bimbit semakin kecil dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Bukan sahaja orang yang bekerja, malah remaja juga kini ramai yang memiliki telefon bimbit. Persoalannya, apakah kebaikan dan keburukan memiliki telefon bimbit.

Saya akan membincangkan tiga kebaikan telefon bimbit. Pertama sekali, penggunaan telefon bimbit memudahkan remaja untuk menghubungi keluarga di mana sahaja mereka berada. Contohnya, pada waktu kecemasan, dengan telefon bimbit kita mudah boleh meminta bantuan ahli keluarga. Kita juga boleh memberitahu ibu atau bapa jikalau perlu pulang lewat agar mereka tidak rasa bimbang akan keselamatan anak-anaknya.

Kebaikan yang kedua adalah tentang memuat turunkan maklumat dengan menggunakan teknologi 'bluetooth'. Kita boleh melungsuri internet di telefon bimbit tersebut dan menyimpan data-data dengan mudah untuk menyelesaikan sesuatu projek.

Merapatkan silaturahim antara rakan yang berada jauh di rantauan adalah kebaikan yang ketiga. Telefon bimbit 3G membolehkan kami membuat panggilan video dengan rakan di luar negeri. Teknologi sebegini membenarkan kami berbual sambil melihat wajah pemanggil, dan ini boleh mengubati perasaan yang rindu terhadap dirinya.

Di sebalik kebaikan yang telah disebutkan tadi, ada juga beberapa keburukan yang perlu diingatkan.


Yang pertama, jika kita tidak tahu mengawal kos, penggunaan telefon bimbit boleh mencapai beribuan ringgit. Contohnya, kos membuat panggilan video agak mahal jika kita terlalu asyik berbual sehingga tidak sedari masa yang terlalu lama bergantung di telefon.

Remaja-remaja sekarang juga saling bersaing untuk memiliki model telefon yang terkini. Setiap kali, ibu bapalah yang mengeluarkan duit untuk mencapai keinginan remaja yang mahukan telefon bimbit. Bagi orang yang berkemampuan sederhana, ini menjadi suatu bebanan untuk memaksa diri memiliki benda yang tidak mereka mampu. Yang penting sekali ialah ini memupuk persaingan yang kurang sihat. Kita patut bersyukur terhadap apa yang kita ada.

Yang terakhir ialah dikhuatiri pelajar meniru melalui SMS bersama kawan-kawan di dalam dewan peperiksaan. Kemudahan teknologi yang membantu dalam kehidupan tetap boleh membantu orang untuk membuat kejahatan, seperti mendorong sesetengah pelajar untuk menipu.

Saya rumuskan bahawa pelajar boleh memiliki telefon bimbit tetapi sebaiknya tidak dibenarkan untuk membawanya ke sekolah kerana di sekolahlah tempat untuk mereka menimba ilmu dan bukan untuk tunjuk-menunjuk telefon bimbit masing-masing. Telefon bimbit jika digunakan dengan sebaik mungkin boleh memudahkan kehidupan dan bukan sebaliknya..


Sunday, 18 September 2011

Telefon bimbit rakam bayang budak dipercayai hantu




GAMBAR yang dirakamkan menerusi telefon bimbit berkamera menunjukkan Sirus Walsh (kanan) berdiri dekat bayang seorang budak (dalam bulatan) di rumahnya di Redhill, Surrey baru-baru ini.

REDHILL, Britain - Seorang budak lelaki berusia lima tahun, Sirus Walsh didapati bermain dengan hantu budak oleh keluarganya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Menurut akhbar itu, gambar hantu budak itu berjaya dirakamkan menerusi sebuah telefon bimbit berkamera di sini.

"Anak perempuan saya merakamkan gambar anak lelakinya dengan sebuah telefon bimbit baru.

"Apabila dia melihat gambar tersebut, terdapat dua budak lelaki dengan salah satunya ialah bayang budak," kata nenek Sirus, Julie Smith, 52.

Menurut Smith, anak perempuannya itu kemudian memadamkan gambar tersebut.

Namun, katanya, selepas satu gambar lagi dirakamkan, mereka mendapati terdapat bayang budak dekat dengan Sirus.

Julie menafikan bahawa gambar itu adalah palsu dengan menegaskan tiada anggota keluarganya yang mahir dengan teknik untuk memalsukan gambar.

Gambar tersebut turut disiarkan di Facebook dan dalam tempoh sejam, terdapat 20 komen sebelum ia didapati hilang daripada laman rangkaian sosial itu. - Agensi

Monday, 12 September 2011

DALAM PERUT IKAN ADA TELEFON BIMBIT







WORTHING - Seorang ahli perniagaan yang kehilangan telefon bimbit selepas tercicir di tepi pantai terkejut selepas seorang nelayan menemuinya terdapat dalam perut seekor ikan kod seberat 11.34 kilogram, lapor sebuah akhbar semalam.


Ahli perniagaan tersebut, Andrew Cheatle menyangka telefon bimbit jenama Nokia miliknya akan hilang buat selama-lamanya di laut selepas tercicir dari poket baju seminggu lalu.


Namun, seorang nelayan, Trawlerman Glen, 45, menelefon teman wanita Andrew, Rita Smith, 33, dan mendakwa menemui telefon bimbit milik Andrew.


Setelah mendapatkan kembali telefon bimbit miliknya itu, Andrew menjemurnya dan didapati ia masih berfungsi.


Glen yang menemui telefon itu berkata: "Ikan kod adalah ikan yang tamak. Ia akan memakan apa sahaja.


"Ikan itu mempunyai kepala dan mulut yang besar.


"Saya pernah menemui cawan plastik, batu, sudu, bateri dan saya turut mendengar terdapat seseorang menemui gigi palsu dalam mulut ikan itu," katanya. - Agensi 


** sumber : gempak

TELEFON BIMBIT PALING LASAK DI DUNIA







LONDON - Pengeluar barangan pembinaan dan kejuruteraan, JCB, mencipta telefon bimbit paling lasak di dunia dikenali sebagai JCB Toughphone Sitemaster. Syarikat berkenaan mendakwa gajet itu tidak rosak walaupun ia direndam di dalam air selama 8 jam, tahan cuaca panas pada suhu 75 Celsius dan suhu beku -30 Celsius di bawah paras beku selain kalis gegaran dan tekanan melebihi 1 tan.

Berbeza dengan telefon bimbit pintar iPhone keluaran Apple yang perlu dijaga rapi, ciri-ciri lasak JCB Toughphone amat sesuai bagi mereka yang bekerja di tapak bangunan atau ladang. Walaupun lasak, JCB tidak melupakan fungsi terkini pada telefon keluarannya itu seperti perkhidmatan Bluetooth dan perisian untuk memainkan muzik serta klip video.

JCB Toughphone juga boleh disambung pada komputer dan mempunyai radio FM tetapi ia didatangkan tanpa kamera. Telefon bimbit itu dilindungi kerangka plastik dan getah berwarna kuning cerah dan hitam yang tahan lasak manakala beratnya pula 130 gram. Ia lebih tebal berbanding kebanyakan telefon bimbit lain tetapi jauh lebih lasak.


Sumber : Kosmo

Sunday, 11 September 2011

Bahaya mengunakan telefon bimbit semasa kilat





Salam mesra daripada zaid....
Hari ni zaid nak share pasal bahayanya mengunakan telefon bimbit semasa petir atau kilat.
Penggunaan telefon bimbit sewaktu kilat dan petir boleh mendatangkan kesan mudarat kepada pengguna termasuk maut kerana alat itu mempunyai antena yang memiliki gelombang elektronik serta menarik panahan petir.
Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ishak Arif berkata, telefon bimbit adalah alat menggunakan gelombang berfrekuensi bagi menghubungkan pengguna dengan pengguna lain.
“Ada dua jenis panahan petir iaitu awan ke awan dan awan ke tanah.
Biasanya, panahan petir awan ke tanah ini akan mencari punca tertinggi di satu lokasi bagi membolehkan arus elektrik yang terkandung disalurkan ke objek tumpuan.
“Justeru, mangsa yang berada di lokasi lapang dan terbuka adalah objek yang berpotensi dipanah berikutan mereka inilah yang menjadi punca tertinggi di sesuatu kawasan.
“Begitu juga konsepnya dengan telefon bimbit yang biasanya membawa gelombang berfrekuensi antara 9,900 MegaHertz (MHz) hingga 1.2 GigaHertz (GHz). Telefon 3G frekuensinya lebih besar iaitu 3.0 Ghz atau lebih,” katanya.
Beliau berkata, ketika pengguna berkomunikasi melalui telefon bimbit, gelombang elektronik yang menghantar isyarat kepada pengguna lain melalui antena aktif dan kuasa itulah yang menarik panahan petir.
“Kuasa panahan petir amat besar hingga mencecah ribuan voltan yang boleh menyebabkan mangsa mati serta-merta kerana ia boleh menyerap ke badan manusia dalam tempoh hanya beberapa saat sebelum sampai ke jantung,” katanya.
Kita semua disarankan mematikan telefon bimbit sekiranya keadaan tidak mengizinkan terutama waktu kilat dan petir bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.
“Selain antena, sarung telefon bimbit yang mengandungi bahan logam juga boleh menjadi punca panahan petir. Sehingga kini, belum wujud teknologi penyerap kuasa petir bagi melindungi pengguna telefon bimbit,” katanya.

Terbaru cerita mengenai bahaya ini terjadi pada 3 daripada 12 sahabat yang berteduh hujan di sebuah wakaf di Kampung Durian Telor, Pasir Akar, Hulu Besut dekat sini kelmarin cedera dan pengsan apabila terkena kesan panahan petir yang menyambar sebatang pokok di tepi wakaf itu.
Semasa kejadian pada pukul 5.30 petang, ketiga-tiga mangsa iaitu Mohd. Sahadam Nik Mar, 17, Muhamad Fariz Ismail, 15, dan Mohd. Zailani Keria, 23, dikatakan berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) menggunakan telefon bimbit masing-masing.
Sebaik petir itu terkena pokok sena yang terletak pada jarak kira-kira dua meter dari wakaf itu, ketiga-tiga mangsa terjatuh dari wakaf dan pengsan.
Sembilan lagi rakan mereka yang turut berada di atas wakaf itu melarikan diri kerana takut melihat panahan petir yang kuat itu.
Mohd. Sahadam, Muhamad Fariz dan Mohd. Zailani yang berasal dari Kampung Durian Telor dekat sini dihantar ke Hospital Besut oleh orang kampung kira-kira 20 minit selepas kejadian.

WANITA MISTERI MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT DALAM 1928 MOVIES

LONDON - Imej seorang wanita misteri dalam filem The Circus lakonan pelawak terkenal, mendiang Charlie Chaplin pada tahun 1928 mencetuskan misteri apabila dia dilihat berbual dengan menggunakan sebuah telefon bimbit bersaiz kecil di telinganya, lapor sebuah akhbar semalam. 

Mungkinkah dia seorang yang genius yang sedang menguji teknologi baru secara rahsia sehingga dia tidak menyangka gelagatnya yang sedang berbual seorang diri dengan tangannya seperti memegang satu alat seperti telefon bimbit telah dirakamkan oleh kamera filem berkenaan. 

Dalam imej itu, tiada sesiapa pun yang berada berhampiran dengannya melainkan seorang lelaki berpakaian sut yang berjalan di depannya. 

Lebih menghairankan, lenggok tubuhnya ketika bercakap seorang diri kelihatan sama dengan gaya orang yang berbual menggunakan telefon bimbit. 

Penemuan itu dikesan oleh pemilik koleksi filem lama, George Clark.
Sejak penemuan itu, dia menunjukkan filem tersebut kepada lebih 100 orang namun tiada siapa yang dapat memberikannya penerangan yang meyakinkan berhubung gelagat wanita berkenaan. 

Ada yang berpendapat wanita itu mendengar sebuah radio kecil.
Individu lain berpendapat wanita itu menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit schizophrenia.
"Satu-satunya teori saya ialah wanita tersebut merupakan seorang pengembara masa yang menggunakan telefon bimbit," kata Clark yang turut meletakkan klip video tersebut di laman perkongsian video, YouTube. 

Dalam laman YouTube itu, terdapat adegan gerak perlahan yang menunjukkan wanita itu seperti sedang bercakap menggunakan telefon bimbit semasa dia berjalan dan berhenti pada satu ketika. - Agensi






Imej seorang wanita misteri dalam filem The Circus lakonan pelawak terkenal, mendiang Charlie Chaplin pada tahun 1928 mencetuskan misteri apabila dia dilihat berbual dengan menggunakan sebuah telefon bimbit bersaiz kecil di telinganya

Monday, 5 September 2011

BAHAYA telefon bimbit kepada kanak-kanak

GEORGE TOWNPenggunaan telefon bimbit oleh kanak-kanak khususnya di bawah usia 12 tahun didakwa mendedahkan mereka kepada tumor otak.

 
Berhati-hati dengan radiasi

Demikian hasil penyelidikan terbaru dari Sweden yang mendapati kanak-kanak lima kali lebih cenderung mendapat tumor menerusi penggunaan alat komunikasi itu secara kerap.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris memberitahu, kanak-kanak terdedah kepada radiasi telefon bimbit, telefon tanpa wayar dan peralatan lain kerana otak dan sistem saraf mereka sedang berkembang.

Katanya, oleh kerana kepala mereka kecil dan tengkorak lebih nipis berbanding orang dewasa, radiasi lebih mudah menembusi jauh ke dalam otak.

“Kajian itu diketuai Profesor Lennart Hardell dari Hospital Universiti di Orebro, Sweden. Ia dibentangkan pada persidangan antarabangsa mengenai telefon bimbit dan kesihatan serta risiko radiasi penyebab kanser,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Kata S.M. Mohamed, perkara ini menimbulkan kebimbangan kepada kesihatan khususnya risiko peningkatan tumor otak kerana antena radiasi berada terlalu hampir dengan otak dan kemungkinan ia menyerap sejumlah besar tenaga elektromagnetik.


 
GAMBAR kesan radiasi (warna merah paling maksimum) selepas hanya 15 minit menggunakan telefon bimbit.

(dipetik dari Kosmo 11/10/2008)